Microsoft Powerpoint Tips &Tricks

23 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 22 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah berkongsi satu video yang bertajuk “Microsoft Powerpoint Tips & Tricks.”. Video yang berdurasi satu minit 26 saat tersebut telah dimuat naik ke semua media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram, dan TikTok.

Video tersebut dimuat naik ke laman sosial rasmi PEDi Spaoh untuk berkongsi tips dan tricks berkaitan Microsoft Powerpoint. Perisian tersebut biasanya digunakan untuk membuat slaid pembentangan sama ada untuk tugasan sekolah/university atau pun urusan kerja. Dalam video tersebut, viewers telah diajar untuk menggunakan beberapa Tools yang terdapat pada Microsoft Powerpoint untuk menjadikan slaid pembentangan lebih menarik.

Antara elemn-elemen yang terkandung dalam video tersebut adalah:
• Cara menggunakan Transition untuk mendapatkan efek pergerakan imej yang lancer.
• Cara menggunakan 3D Images tools untuk menampakkan imej berunsurkan tiga dimensi.
• Cara menggunakan SmartArt tools untuk mendapatkan infografik yang lebih menarik dan tidak membosankan.
• Cara menggunakan Designer tools untuk menyusun imej dalam slaid pembentangan anda dengan menggunakan templat yang sedia ada.

Pihak PEDi Spaoh berharap agar followers yang menonton video tersebut memperoleh ilmu yang bermanfaat serta dapat mempraktikkannya dalam pembentangan mereka di kemudian hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali